March 16, 2012

I miss my childhood days

Haiiii!
Okayy tiba-tiba rindu zaman ni :)
Hehe! Dengan abah :')

Sampai sekarang, aku memang suka benda alah tulis-tulis ni. Kadang-kadang bila pergi tempat mainan budak-budak, aku rasa nak beli ni. Tapi takut. Takut kena gelak :P

How I miss my childhood days! :')

Ni apasal ni? Penangan tengok gambar rakan-rakan sebaya ke fasa baru la ni. Hahaha! Tapi kan, tak sangka dah datang rupanya zaman ini. Zaman di mana akan berlumba-lumba kawan-kawan aku bagi jemputan kahwin.

Kita? Rilekkkk je dulu ye! ;)

she-says : V and W ^^

January 14, 2012

working hours ;)

Dalam tempoh masa dua atau tiga bulan ini, kehidupan aku dan rakan-rakan seperjuangan adalah berkisar kepada perkara-perkara berikut :
1) Travel dalam kereta sepanjang hari
2) Meeting dengan penduduk
3) Masuk ladang, dusun, kampung dan sebagainya
4) Soal selidik sampai pitam

Mak oi memang penat ya. Penat tapi seronok la jugak. Sebab macam-macam benda baru yang aku dapat belajar. Klise nya diaaa :P. Tapi betol lah. Pelbagai ragam dan garam ada.
Meet my teammates!
Yang kiri tu Zul, seorang pemandu yang tabah. Semua site yang kitorang pergi, dia lah yang jadi driver. Masa degree dulu aku rasa aku bercakap sekali dua je dengan dia ni, tapi sejak dah sama-sama jadi RA, ambik kau satu kepala habis rupanya kitorang ni! :D
Sebelah lagi tu Pue. Yang ni merupakan anak kesayangan bos kami. Ehem! Memang selalu lah kena buli dengan kitorang :P
Sebelah aku, Kak Suzi. Kak Suzi ni tengah ambik PhD sekarang ni. Dia lah yang banyak mengawal keadaan adik-adiknya ni. Muahaha! Seronok borak dengan Kak Suzi, memang akan ada je benda yang kitorang boleh share sama-sama :)

Semoga bab pengumpulan data ni berjalan lancar! Semoga aku juga boleh cepat-cepat membuat keputusan penting dalam hidup, sama ada sambung belajar atau terus kerja. Keputusan macam dah terukir kat kepala (terukir kawwww!), biar masa yang menentukan. Ececeyyy!

Sekian. Selamat berhujung minggu!

she-says : "Kata-kata itu doa" ".....................okayyyy"

January 6, 2012

late surprise

Ingatkan dah habis dah cerita birthday sebab dah masuk bulan lain, rupanya ada orang tu nak buat surprise kat kiteee :P
Orang yang nak buat surprise tu sampai tertidur tunggu aku berjam-jam. Aku pulak macam busy gila hari tu, ingatkan nak ajak teman beli barang kat Taman U je, aku dengan bersiap ala kadar terus turun blok takut kena marah, sekali nampak kotak-kotak, terus macam eh alamak apa reaksi nak kena buat ni *mata bersinar*
Kareshi.
:)

 Thank you for this late surprise!

she-says : bulan kebizian. doakan saya sihat sejahtera. :D

December 30, 2011

23rd birthday bash :)

Salam Jumaat!

Dah nak habis 2011 dah kan? 2011 ni banyak kenangan jugak bagi aku. Aku dah habiskan degree, dah konvo, mula kerja, macam-macam lagi kot yang jadi.

Dan antara perkara baik yang terjadi tahun ni, aku jumpa balik kawan-kawan sekolah rendah dan sekolah menengah rendah aku. Aku ni banyak sekolah, jadi macam selalu lost contact dengan kawan bila dah kat tempat baru ke apa. Lepas tu segan-segan je nak contact balik. Hehe! Tapi tahun ni, aku dah jumpa kawan-kawan lama dan baru aku tu! :D

Hmm sebenarnya nak cerita 23rd birthday celebration aku, 25 Disember hari tu. Diorang plan nak sambut-menyambut hari tua aku. Terima kasih korang! Aku ni jarang sambut birthday, selalunya cukup setakat makan-makan dengan family je. Tapi ingat lagi laa masa MHH buat surprise masa 21st birthday aku dulu. Sweet kan dia? Muda-muda dulu memang la sweet lagi. Ahaha!
24 Disember; Syazmin, adik angkat aku masa zaman angkat-berangkat dulu kat sekolah, dah kahwin! Yang bestnya dia kahwin dengan Afif, junior aku jugak dulu. Diorang bercinta 8 tahun tau! Dan selama 8-9 tahun tu jugak aku tak jumpa Min :(
Jadi masa dia jemput aku datang kenduri dia minggu lepas, memang aku takkan lepaskan peluang untuk datang. Terharu tengok dia happy, terharu dapat peluk dia lama-lama :')
 Aku dengan Anor dah macam pengapit pengantin dah. Baju sama kaler!
 Apis; kaunselor terhebat aku, ambik berkat daripada Afif. Biar dia pulak yang kahwin lepas ni! :P
Lepas wedding Min + Afif, bergegas ke KL pulak untuk sambut birthday aku.
Sebelum ke Rasta, main bowling dulu kat The Curve. Aku paling bengong main bowling sebab masuk longkang je. Haih!
I love you sisters!
With Anor and Xue :)
Brothers; Naim and Hafiz.
Terasa kerdil di sisi mereka. Hehe!
 Thank you again guys!
Especially to my dearest siblings Xue, Anor, Hafiz, Naim, Hamzi, Fizi, Fik dan Yod (takde dalam gambar). Hope our friendship remains forever.
Dan juga kepada kawan-kawan baru yang sama-sama berada di tempat kejadian, jadi kena lah sambut jugak ye dak? Hehe thank you Fila, Cik Lan dan Ida.
 *Muka speechless dapat cupcake lepas tu dinyanyikan depan semua orang*
Hehe!

Esoknya pulak, sambut dengan family tercinta! Tapi perlu menghadirkan diri ke kenduri kahwin sepupu dulu. Lepas tu terpaksalah menghadapi segala pertanyaan bila nak kahwin apa semua. Duhhhh. Baru 23 kot!
 Tahniah Abang Nizam dan isteri :)
 It was fun!
Terima kasih keluarga tersayang!

Selamat datang usia 23 :)

 she-says : wahai Tentang Dhia. Emosi saya satu hari terganggu lepas tengok ending yang sedih walaupun sweet. Haha! Tetibe jadi peminat Adi Putra, boleh? Boleh jugak! zzzzzzzz

December 20, 2011

cuppy cupcakes :D

Aku. Suka. Makan. Kek. Sangat-sangat suka! Kalau dah suka kek, dah tentulah aku akan jatuh hati dengan kek cawan. Atau lebih suweet dipanggil cupcake. Comel kan? Macam gambar-gambar kat bawah ni :
Sumber : sini
Sumber : sini
Sumber : sini
Banyaklah lagi! Google lah sendiri. Haha! Aku teringin jugak nak buat sendiri. Tapi tapi tapi takde kesempatan lagi. Kalau nak buat eksperimen cupcake ni kena deal dengan emak dulu. Kang aku sepahkan dapur dia pastu cupcake tak jadi, ada jugak mak aku tak kasi usik dapur dia lagi. Haru!
Okay ini antara cupcakes terawal yang aku makan. Tu pun share-share dengan kawan-kawan. Haha gila noob.
Ni masa aku konvo hari tu. Dah pandai dah order sendiri ececey! Takde orang nak bagi hadiah, aku bagilah hadiah kat diri sendiri ye dak? Aku tak tau la orang lain, tapi aku suka krim kat atas dia. Sedappp! Thanks SGC ;)
Ehem! Ni pulak masa birthday ada orang tuuuu. Sweet kan aku? :P
Tapi menyampah sebab ada orang tuuu kata, apasal order cupcake kaler pink biru la, apasal tak order yang design Manchester United la. Amboi! Ni kira baik tau orang ingat nak belikan. Fine last-last aku jugak yang habiskan :P
Haa sebenarnya nak cakap pasal benda ni haa! Aku dah jumpa cupcakes sedap kat JB ni!
iDonut Coffee, Plaza Angsana.
Aku dah cuba coklat dengan red velvet dia, sedap-sedap! :)

Hmmmm. Apa lagi. Silalah belanja aku cupcakes. Kbye.

she-says : Hujung minggu hampir menjelang tibaaa! *hint hint*

December 16, 2011

kemaskini kehidupan.

Salam. Apasal dah tak pandai tulis blog ni? Idea pun dah tahap beku dah. Agaknya tiap hari merepek kat twitter, pastu tak reti dah nak tulis apa kat blog.

Hmm. Hidup masih sama seperti bulan-bulan lepas. Hari-hari buat rutin yang sama, siang kat lab atau pergi site, malam pergi makan atau khatamkan cerita dalam hard disk atau tidur. Seronoknya hidup dia ya. Tu yang otak makin beku kot!

Walaupun kadang-kadang rasa stress dengan kerja, padahal alahai tak lah stress mana jadi Research Assistant, alah handle projek macam buat thesis je pun sambil tolong-tolong lecturer, cuma yang buat stressnya sebab projek aku ni kerjasama dengan orang negara matahari terbit tu. Okay sekarang baru aku tahu kerja dengan diorang macam mana, baik jangan cerita lebih-lebih buatnya diorang jumpa dan google translatekan blog aku ni (sumpah perasan gila). Nasib baik lecturer dan kawan-kawan aku selalu sabarkan aku. Jadi saya cool. :P

Masih belum lagi cari kerja kat tempat lain secara serius. Pemalas betol. Takpe, perlahan-perlahan naik ya Anis. InsyaAllah.
Muka bekerjaya.
Macam muka orang sakit je aku tengok.

Alia.
Haha jangan marah aku, kau comel sangat dalam gambar ni! :)

Adik-beradik kontrak haha!
Pue dan Zul.
Ni orang-orang yang paling banyak dengar aku bebel hari-hari :P
Terima kasih korang, banyak gila tolong aku.

Okay tak sabar nak balik minggu depan! Usia bertambah setahun lagi! ^^
December, I love you.


she-says : My knight in shining armor. Thank you for everything ;)